Gelaran majmuk dan terbitan ݢلرن مجموع دان تربيتن Raja

Terdapat banyak gelaran majmuk dan terbitan yang digunakan oleh para pemerintah, keluarga diraja, dan/atau pembantu istana yang mengandungi perkataan "Raja":

  • Rao Raja, satu dampingan yang terdiri daripada dua gelaran yang setaraf, telah digunakan oleh pemerintah-pemerintah Bundi sehingga mereka dianugerahkan dengan gelaran Maharao Raja yang lebih tinggi tarafnya.
  • Raja Bahadur ialah kata majmuk Mughal yang tipikal. Kata sifat Bahadur yang bermaksud "gagah berani" menaikkan pangkat seseorang dalam protokol istana; dalam hierarki yang tertentu di kalangan pembantu Hindu dalam istana Nizam Hyderabad, gelaran ini adalah padanan untuk pangkat Nawab yang dianugerahkan kepada pembantu-pembantu yang beragama Islam.
  • Maharaja dan padanan kelainan-kelainan kata majmuk dengan awalan Maha- (umpamanya Maharana, dan Maharawal) yang bermaksud 'Raja Agung'; perkataan ini pada asalnya menandakan seorang Raja yang telah menewaskan raja-raja yang lain dan oleh itu, menjadi raja agung. Bagaimanapun, gelaran ini tidak lama kemudian diterimaguna atau dianugerahkan oleh pemerintah agung India (Mughal dan British) secara besar-besaran sebagai suatu gelaran yang tidak bererti, dan mengakibatkan gelaran ini tidak mempunyai nilai yang berprestij.
  • Rajadhiraja bermaksud 'Raja antara Raja-raja': Melalui penurunan nilai gelaran yang serupa dengan gelaran 'Maharaja', gelaran ini tidak sebegitu berprestij berbanding dengan padanan-padanannya di kebanyakan keluarga linguistik.
  • Raja Perumal dianggap sebagai gelaran yang paling berkuasa, menurut kesusasteraan Tamil.
  • Di India Selatan, gelaran Samraj ('maharaja' Hindu) Vijayanagar ialah Raya dan bukan (Maha)Raja.
  • Sesetengah pemerintah Asia Tenggara menggunakan kelainan-kelainan seperti gelaran kesalihan yang termasuk Buddharaja dan Devaraja atau Lingaraja (yang terakhir ini di kawasan yang tertentu).
  • Uparaja: Ddengan kelainan-kelainan dan terbitan-terbitan tersendiri, gelaran ini boleh bermaksud wizurai atau pangkat-pangkat wangsa yang tinggi.